Gambar Sharifah Sofea berkahwin



PERANGAI ‘gila-gila’ Sharifah Sofea memikat hati Syed Ismail sehingga mereka akhirnya memilih untuk mempunyai ikatan yang sah, semalam.

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Sharifah Sofea Syed Hussein, 24, telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali, 31, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta tepat pukul 12.15 tengahari semalam.



Jika Ismail tertarik dengan keletah manja dan ‘gila-gila’nya, Sofea pula memilih suaminya kerana sifat yang sama dan menyenangi diri lelaki itu sendiri.

“Saya suka sebab ‘he’s him’. Dia suka membuat saya ketawa dan perasaan suka dan sayang itu datang begitu sahaja tanpa saya sedar..,” kata anak kelahiran Liverpool, England ini.

Sementara itu, lelaki bergraduan bisnes dari sebuah universiti di Australia ini menambah dia menyenangi Sofea kerana wanita itu sempurna di matanya.

Azmin Ali jejak kaki ke rumah Azwan selepas 9 tahun



Oleh ZIEMAN & ARIFFUDDIN ISHAK

DI muka pintu rumah personaliti Azwan Ali, wajah ibu tercinta Mak Tom menunggu dengan penuh debaran kelibat anak tersayang, YB Azmin Ali.

Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.

Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.

Debaran menanti "tetamu istimewa" Azmin menjadi lebih syahdu apabila Mak Tom memecah kesunyian dengan berkata, "Ini yang makcik tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa makcik.

Diana Danielle tarik diri bintangi Natrah kerana isu bayaran?



Diana yang dihubungi berkata, dia belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang penarikan dirinya daripada membawakan watak Natrah.

"Ramai yang asyik bertanya, betulkah saya tidak jadi bawakan watak Natrah. Tapi, saya rasa lebih elok perkara ini biar IB yang bercakap. Bila mereka sudah berikan penjelasan nanti, barulah saya rasa sesuai untuk saya mengulas.

"Lagipun, saya tidak mahu dilihat seperti tidak menghormati mana-mana pihak, apatah lagi ini adalah projek kerajaan," kata pelakon berusia 18 tahun ini.

Pelakon Dayana Kamal rentung dalam kemalangan maut


Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman atau nama komersialnya, Dayana Kamal, salah seorang daripada tiga yang rentung dalam kemalangan ngeri di km 2 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Bunut Payung awal pagi semalam merupakan seorang pelakon filem dan drama.

Wan Nurdiyana, 22, pernah membintangi filem "Black Maria" dan beberapa drama tempatan iaitu "Rumah Itu Duniaku", "Sumaiyyah", "Raya Dengan Tok", "Selamat Tinggal Noni", "Ayah Kami" dan terbaru siri drama popular "Matahari".

Wan Raja & Arja Lee - Hero & Heroin Filem Anu Dalam Botol



Wan Raja dan Arja Lee adalah dua pelakon yang dipilih untuk membintangi filem kontroversi '... Dalam Botol' selepas undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan dalam talian dibuat dari 27 Julai hingga 17 Ogos lalu.

Wan Raja atau nama sebenarnya adalah Saiful Redzuan Abu Bakar, 31, akan memegang watak Ghaus manakala Arja Lee (Azharudin Ramli), 25, watak Ruby.

Nama dua pelakon tersebut diumumkan oleh syarikat penerbitan JAS Sdn. Bhd.dalam majlis pelancaran filem '... Dalam Botol' dan pengumuman pelakon watak Ghaus dan Ruby di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), malam tadi.

Menurut penerbit filem tersebut, Raja Azmi, dia akur dengan keputusan yang dibuat oleh orang ramai walaupun pelakon pilihannya adalah Norman Hakim dan Adi Putra.

Kris Dayanti dan Anang Sah Bercerai?



Krisdayanti: Saya dan Rahul hanya teman biasa!

MEREKA sering digelar pasangan romantis. Biar apa saja kontroversi yang melanda, hubungan diva popular Indonesia, Krisdayanti dan suaminya Anang Hermansyah dilihat terus utuh.

Bersama dua anak mereka, Titania Aurelie, 11, dan Azriel Akbar, 9, Anang dan Kris terus dianggap sebagai sebuah keluarga yang cukup lengkap tatkala nama Kris masih gah di persada hiburan.

Namun, perkahwinan yang dibina sejak 22 Ogos 1996 itu hancur berkecai apabila si suami dikatakan tidak tahan dengan cerita kecurangan isteri tercinta menerusi anaknya sendiri.

Dan kelmarin, Anang akhirnya mengaku dia sudah menceraikan Kris pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.

Yuni Shara terkejut Anang ceraikan Kris

KEPUTUSAN Anang menceraikan isterinya, Krisdayanti nyata mengejutkan kakak diva tersohor itu, Yuni Shara.

Menerusi laporan yang dipetik dalam laman web kompas.com, Yuni berkata:

"Saya amat terkejut. Saya tahu Anang menceraikan Yanti hanya menerusi televisyen," tuturnya yang ditemui di kediaman adiknya itu.

Sebelum ini, kata Yuni, dia tidak tahu tentang masalah yang melanda rumahtangga adiknya itu.

"Yanti memang adik saya, tapi saya tidak mahu mencampuri urusannya. Saya tidak pernah bayangkan Yanti akan hidup tanpa Anang," katanya.

Yuni juga meminta pihak media agar tidak membesar-besarkan cerita tersebut.

"Saya sedih, saya sangat prihati, jadi jangan diperbesarkan lagi. Jangan mengejar, ini masalah rumahtangga," luahnya.

Ditanya punca perceraian pasangan itu, Yuni menegaskan dia sememangnya tidak tahu-menahu tentang urusan rumahtangga adiknya.

"Apa saja masalahnya, saya bukanlah jenis yang suka mencampuri urusan orang walaupun itu adalah adik saya sendiri," ujarnya.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)



Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi, ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Pembinaan
Masjid Besi dalam pembinaan

Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.

Ciri keistimewaan

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan meneyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.

Gambar Akhil - Waheeda selamat diijabkabul












Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Ajai-Liza kini sah suami isteri




Komposer dan penyanyi, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, hari ini selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Norliza Ilyas, yang merupakan bekas pegawai kanan Maestro Talent Management.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi tadi di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Norliza diwalikan oleh bapanya, Ilyas Muhammad.

Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu.

Jenazah Ustaz Asri Rabbani selamat dikebumikan








Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia



Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Video Dan Lirik - Bunkface "Revolusi"



Saksikan video Kumpulan Bunkface. Disertakan lirik Revolusi.

Gambar Peserta Gadis Melayu TV9 Bercium?


















Benarkah peserta Gadis Melayu TV9 ini seorang yang amat bersosial? Adakah ini gambar Sharifah Jasmine Soraya salah seorang peserta rancangan Gadis Melayu di TV9?

Jikalau benar, amat malu dan jatuh la maruah rancangan kegemaran ramai Gadis Melayu ni. Langsung tak menggambarkan Gadis Melayu kan?

Katy Perry Tak Suka Lelaki Mulut Busuk?



PENYANYI Katy Perry mendedahkan dia benci mendampingi lelaki yang bernafas busuk.

Ketika menulis pada laman Twitter, penyanyi berusia 24 tahun itu memberitahu dia tidak mungkin keluar dengan lelaki yang menghidapi 'halitosis' atau nafas yang sangat busuk.

"Maksud saya, berapa kali anda percaya lelaki itu sangat menarik tetapi gagal mengawal bau busuk nafasnya? Bau itu sangat penting! Setuju?," kata Katy.

"Seseorang di tepi saya mempunyai kes 'halitosis' yang teruk dan enggan berhenti bercakap. Saya tidak boleh bernafas.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP