Pelakon, Ngasrizal Ngasri atau lebih dikenali sebagai Bell, sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Farhana Mahamad Fauzi di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini.
Dia menceraikan isterinya menerusi sms yang dihantarnya pada jam tiga petang dengan berkata 'Aku ceraikan kau, Thank You. Selamat Berjaya'
Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.
Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.
Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.
Rakannya, David Wharnsby seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.
"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.
Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa bermaksud orang yang terpilih.
Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.
Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.
Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain.
KUALA LUMPUR - "Saya tidak buang dia, tetapi ini soal kasih sayang. Bila sayang sudah hilang lebih baik kami berpisah."
Demikian pengakuan penyanyi Erema mengenai permohonannya untuk bercerai dengan penulis lirik popular, Seri Bayu.
Erema, atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya awal November lalu dan kes pasangan ini akan dibicarakan pada 1 Disember ini.
Menurut Erema setelah hidup bersama sebagai suami isteri selama dua tahun, dia sudah tidak terdaya menanggung bebanan perasaan akibat sering tertekan.
"Badan saya sudah tidak mampu untuk menanggung segala penderitaan. Hanya di sini jodoh kami, saya harap Seri Bayu lepaskan saya cara baik di mahkamah nanti," kata penyanyi lagu Pelita Di Bawah Purnama ini.
Pasangan ini bernikah pada 19 Disember 2006 ketika Seri Bayu, atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 43, menderita sakit saraf.
Masalah kesihatan Seri Bayu berterusan sehingga hari ini dan dia hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda, selain tidak mampu bertutur dengan jelas.
Ketika ditanya kenapa mesti menuntut perceraian sedangkan dia sudah tahu keadaan Seri Bayu sewaktu membuat keputusan untuk berkahwin, menurut Erema ini kerana dia sudah tidak mampu untuk menjaga kebajikan suaminya itu dalam keadaan sekarang.
Penceraian antara penyanyi rock Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 47 dan isterinya, Sosilawati Lawiya (jutawan produk kecantikan), 44 diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.
"Penceraian kami tidak sah. Saya yakin dan percaya, Allah akan bagi kekuatan kalau kita benar dan betul.
"Alhamdulillah dan terima kasih kepada keluarga, kawan terdekat dan peminat yang sentiasa mendoakan saya," kata Nash ketika dihubungi selepas memenangi kes tersebut.
Ditanya adakah keputusan mahkamah tersebut membuatkan hubungannya dan Sosilawati kembali pulih, Nash menjawab perkara itu jatuh pada nombor 10 dan beliau enggan mengulas lanjut tentangnya.
Dalam pada itu, Sosilawati yang mengaku kalah pula berkata dia berpuas hati dan menghormati keputusan mahkamah seadanya.
Sosilawati akui saksi yang dikemukakan sebelum ini tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Namun, dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan Nash yang sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah sejak dia memfailkan permohonan cerai pada September tahun lalu.
"Jika dia masih sah suami saya, kenapa dia tak balik rumah sejak lebih setahun lalu hingga sekarang. Dia juga tidak menghubungi saya dan bertanyakan keadaan saya.
"Kalau dia nak balik, saya masih boleh terima dia kerana dia perlu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami," beritahu Sosilawati ketika dihubungi tadi.
Justeru, Sosilawati tetap untuk memohon fasakh dan cerai taklik dalam masa seminggu ini di mahkamah yang sama.
Kisah Nash-Sosilawati menjadi tajuk hangat apabila pada Ogos lalu, Nash yang juga bekas vokalis kumpulan Lefthanded ini mendakwa beliau tidak pernah melafazkan cerai terhadap isteri keduanya, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages itu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Di Halaman Rindu, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, beliau sanggup bersumpah syarie kerana tidak pernah memberitahu mana-mana pihak mengenai lafaz cerai yang disebut terhadap isterinya.
Nash yang mengahwini Sosilawati pada 17 November 2006, bagaimanapun mengakui memang berlaku krisis rumah tangga antaranya dengan Sosilawati selepas kira-kira empat bulan mereka berkahwin.
Perbicaraan diadakan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohammad.
Nash diwakili peguam syarie Amli Embong dan Ahmad Daud, manakala Datuk Mohd Zaidi Mohd Zaid mewakili Sosilawati.
MESKIPUN sudah berbadan dua dan kini kandungannya sudah masuk bulan ke lima, pelakon jelita, Erra Fazira tetap meneruskan kerjaya lakonan seperti biasa.
Malah, dia juga masih kelihatan aktif seperti dulu. Apa yang berbezanya sekarang cumalah dia kini lebih banyak mengenakan pakaian yang longgar selain bertambah selera makan.
Ini semua terlihat jelas ketika bertemu dengannya pada majlis sidang media drama terbaru lakonannya yang berjudul Mertua vs Menantu di Ampang, baru-baru ini.
"Sekarang ini berat badan saya bertambah sampai lapan kilogram dan ia akan bertambah lagi seiring dengan perkembangan kandungan saya.
"Bab selera makan pula jangan cakaplah, walaupun setakat ini saya tidak pernah mengidam apa-apa, tetapi tekak saya sentiasa terbuka kepada setiap jenis makanan, tidak kiralah siang atau malam," ujarnya sambil tersenyum manis.
Erra bertuah kerana dia juga tidak mengalami sebarang alahan atau pun 'morning sickness', malah masih menjalani kehidupan seperti dulu. Cuma perutnya saja bertambah membesar.
"Saya bersyukur kerana saya tidak pula muntah-muntah atau pening kepala seperti kebanyakan wanita hamil. Saya masih boleh keluar bekerja dan menjalani aktiviti seperti biasa," jelasnya.
Dia yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Mertua vs Menantu cukup bertuah apabila wataknya cukup dekat dengan keadaan dirinya di alam realiti.
"Dalam drama ini, lakonan saya pelbagai fasa, iaitu sebelum berkahwin, sesudah berkahwin dan semasa mengandung. Uniknya perkembangan perut saya dirakam dalam drama ini kerana memang watak saya sebagai wanita mengandung.
"Jadi saya tidak perlulah pakai bantal pelapik di perut sebab saya sudah ada perut kembang semula jadi," katanya yang diiringi gelak tawa.
|
|
Tambahnya lagi, sungguhpun berbadan dua itu bukan halangan buat dirinya untuk terus berada di lokasi penggambaran, memandang dia berkerja dengan krew produksi yang cukup memahami keadaan dirinya.
"Saya rasa bertuah sangat sebab orang yang kerja di sekeliling saya cukup memahami, sebab itu saya tidak berasa apa-apa walaupun sedang mengandung.
"Semasa awal kandungan, lakonan saya dalam drama ini sedikit lasak. Masa itu boleh lagi berlari, bawa motor, dan melompat, tetapi bila sudah cecah bulan kelima ini, saya lihat pengarah banyak mengurangkan sedikit adegan lasak untuk saya," tuturnya.
Suami suruh rehat
Menurut isteri kepada Ketua Pengawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin ini lagi, sungguhpun sibuk dengan kerja dia tidak pernah mengabaikan kesihatannya apatah lagi sering saja dinasihati suami tercinta.
"Berlakon memang penat dan penuh cabaran apatah lagi bila saya berbadan dua, tetapi saya sering mengingatkan diri saya supaya sentiasa mengutamakan kesihatan.
"Suami saya pun hari-hari memberi nasihat, dan suruh saya berehat, tetapi saya bukan jenis orang yang boleh duduk diam. Walaupun duduk di rumah, pasti ada saja kerja yang akan saya lakukan untuk mengisi masa," terang Erra.
Beritahunya lagi yang dijangka melahirkan anak pada bulan Mac tahun depan, dia tidak pernah meletakkan tarikh untukmula berehat sebelum bersalin.
"Selagi badan saya terdaya untuk bekerja, saya akan terus bekerja walaupun ketika itu kandungan saya telah mencecah lapan bulan. Tetapi lakonan saya waktu itu haruslah bersesuaian dengan keadaan diri saya.
"Mungkin saya akan kena marah dengan suami kalau bekerja semasa sarat mengandung, tetapi dia tetap memberi sokongan dan dalam masa yang saya tidak berhenti memberi nasihat.
"Ikutkan kalau saya lahirkan anak bulan Mac, saya akan kurangkan kerja dan berehat dalam bulan Februari, tetapi kalau bulan Disember saya sudah tidak larat, lebih baik berehat saja," bicaranya lagi.
Jika berehat sekalipun, Erra tetap akan melakukan sesuatu untuk mengisi masa lapangnya, dan mungkin waktu rehatnya akan digunakan untuk menyiapkan pembikinan albumnya.
Namun, begitu, ia berbalik kepada tahap kesihatannya kerana jelasnya ketika mengandung dia lebih mudah penat dan ini sedikit sebanyak menganggu pernafasannya untuk menyanyi.
"Saya tengok dulu macam mana, kalau kesihatan okey saya akan berkurung di studio dan menyiapkan album. Kalau nafas saya semput, macam mana nak nyanyi, kena tunggulah lepas bersalin.
"Tetapi setakat ini sudah dua lagu telah siap dirakamkan, dan satu lagu telah dirakam klip videonya, kalau okey saya terus sambung buat album ini masa rehat kerana lepas bersalin boleh terus buat promosi," katanya.
Dalam pada itu, drama Mertua vs Menantu sebanyak 26 episod yang sedang ditayangkan di Astro Prima ini dikatakan sebagai drama yang tertinggi ratingnya dalam Astro dan berita ini disambut dengan gembira oleh Erra.
"Mestilah gembira, saya rasa konsep drama yang menekankan menantu dan mertua ini diterima baik penonton mungkin kerana ia dekat dengan kehidupan masing-masing.
"Jumlah penonton meningkat bukan kerana semua tenaga produksi bukan sebab saya, tetapi kalau orang menontonnya kerana meminati lakonan saya, itu satu bonus dan saya bersyukur.
"Apa pun kehidupan rumah tangga saya tidaklah seperti yang digambarkan dalam drama ini. Ibu mentua saya melayani saya dengan begitu baik sekali. Drama ini hanyalah lakonan semata-mata," ujarnya.
Selain Erra, drama bersiri terbitan MIG Production Sdn. Bhd yang akan tamat penggambarannya pada awal Disember ini turut menampilkan Rozie Othman, Aqasha, Raja Farah, Sheila Mambo dan Jehan Miskin.
"KAMI akan pulang ke Malaysia pada 12 November ini dengan sebuah jet peribadi!" Begitu ungkapan yang dilontar oleh Ashraf Sinclair kepada Kosmo! saat memberikan perkembangan terkini mengenai dirinya selepas baru sahaja bergelar suami kepada bintang terkenal Indonesia, Bunga Cinta Lestari, Sabtu lalu.
Jika dihitung, termasuk hari ini, sudah empat hari Ashraf, 29, dan Bunga, 25, sah menjadi suami isteri.
Disebabkan media Malaysia tidak membuat liputan majlis akad nikah mereka di Mesjid Al Bina, Jakarta pada Sabtu lalu, dan begitu juga majlis resepsi pengantin perempuan yang berlangsung di Hotel Sultan, Jakarta pada hari Ahad, justeru kepulangan pasangan pengantin yang sama cantik sama padan ini ke Kuala Lumpur pada esok hari, pastinya bukan sahaja dinanti-nantikan oleh peminat mereka berdua tetapi juga media negara ini.
Apabila Ashraf mengkhabarkan bakal pulang dengan sebuah jet peribadi, sudah tentulah ia sesuatu yang boleh dianggap luar biasa.
Ini kerana bukan calang-calang orang yang mampu terbang di udara dengan jet peribadi, kecuali kalau mereka dari golongan jutawan.
"Sebenarnya penerbangan pulang saya dan Bunga ke KL menggunakan jet peribadi yang ditaja oleh rakan-rakan Bunga, tapi tidak bolehlah saya beritahu nama mereka," ujar Ashraf menerusi perbualan telefon dengan Kosmo!
Pelakon kacak ini bagaimanapun menegaskan kenyataannya mengenai jet peribadi tersebut bukanlah bertujuan untuk bermegah-megah, tetapi sekadar tidak mahu menyembunyikan fakta mengenai perjalanan perkahwinannya itu, khususnya daripada pengetahuan pihak media tempatan.
Sementelah, episod perkahwinan Ashraf dan Bunga belum berakhir lagi kerana bakal berlangsung dua majlis resepsi pihak keluarga Ashraf di Kuala Lumpur iaitu pada 14 November ini di The Saujana Kuala Lumpur, khusus untuk rakan-rakan di Malaysia.
Kemudian pada keesokannya pula menjemput khas ahli keluarga dan sanak saudara, majlis bakal diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara (KGPA).
"Saya mengakui terkilan juga tidak dapat menjemput media tempatan yang saya anggap sebagai rakan-rakan baik saya untuk membuat liputan majlis akad nikah dan resepsi pengantin perempuan di Jakarta.
"Ini kerana bukan apa, saya bimbang media Malaysia tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya media Indonesia yang agak agresif dan lebih mirip kepada paparazi seperti media di Hollywood," jelas Ashraf yang menyatakan penerbangan pulang dirinya dan Bunga ke Kuala Lumpur nanti berkemungkinan pada malam Rabu ini, namun ia belum ditetapkan waktunya.
Diserbu 150 wakil media
Menyentuh mengenai media Indonesia yang hadir pada majlis akad nikah dan majlis resepsi pengantin perempuan, jelas Ashraf, "Bukankah saya dah kata sebelum ini, walaupun tidak dijemput mereka tetap akan datang.
|
|
"Apa yang penting mereka mahu menjalankan tugas mereka dan di pihak saya tiada halangan. Kalau dihitung bilangan wakil media Indonesia yang datang pada majlis resepsi keluarga Bunga sahaja mencecah lebih 150 orang.
"Disebabkan mereka sudah datang, saya dan Bunga tetap tenang melayan mereka sekadar yang termampu."
Menyentuh mengenai majlis resepsi yang berlangsung di Hotel Sultan Ahad lalu yang turut dihadiri tetamu VVIP iaitu Naib Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah, beritahu Ashraf, "Saya merasa sangat bahagia dan rileks walaupun tetamu yang datang ramai, kira-kira 1,000 orang. Ini kerana tidak seperti majlis perkahwinan di Malaysia, di sini ia tidak begitu mengikut protokol.
Tambahnya, "Tetamu yang datang ada semata-mata hanya mahu bersalam dengan saya dan Bunga dan kemudian terus beredar dari majlis, malah ada yang tanpa menjamah makanan.
"Itulah yang saya maksudkan tidak mengikut protokol seperti di Malaysia, yang mana tetamunya perlu menunggu sehingga majlis selesai sebelum beredar."
Menurut Ashraf lagi, sepanjang majlis itu berlangsung kira-kira dari pukul 7 malam hingga 10 malam, dia dan Bunga terpaksa berdiri untuk bersalaman dengan para tetamu.
"Letihlah juga, tetapi bukan selalu saya dapat merasai pengalaman sebegini, yang penting saya rasa sangat gembira, dan tenang. Apa pun ini suatu pengalaman baru yang baik buat saya belajar budaya Indonesia," akuinya.
Menetap di Indonesia
Mengenai masa depannya dengan Bunga selepas bergelar suami isteri, Ashraf menegaskan dia sudah membuat keputusan untuk menetap selama dua tahun di Indonesia.
"Bukan sahaja kerana saya sudah bergelar suami kepada seorang bintang terkenal Indonesia, tetapi juga kerana saya juga bakal membina karier lakonan saya di sini," ujarnya yang telah mengikat kontrak berlakon dalam 200 episod drama produksi Indonesia, selain bakal muncul menerusi dua buah filem Indonesia, Pocong dan Saus Kacang.
Bicara Ashraf lagi, "Selama dua tahun ini, saya bukan sahaja sibuk dengan karier lakonan, tetapi juga mencari peluang bisnes di sini."
Mengakhiri bicara buat kali ini, tutur Ashraf, "Dan yang paling utama adalah untuk saya membina sebuah keluarga bahagia bersama Bunga, kerana dalam dua tahun itu, sudah tentu kami sudah dikurniakan cahayamata yang melengkapkan lagi kebahagiaan kami selepas bergelar suami isteri," ucap Ashraf dalam tawa.
Anugerah Skrin 2008 yang bertemakan kilauan berlian di Dewan Perdagangan Dunia Putra (PWTC), berlangsung meriah.
Majlis yang berlansung selama dua jam lima belas minit itu turut dipancarkan secara langsung melalui saluran televisyen nombor satu negara, TV3.
Nyata telahan awal banyak sebelum ini ternyata menjadi kentayaan apabila filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) berjaya menggondol bukan hanya satu malah tiga anugerah utama malam tadi.
KMBM diangkat sebagai filem terbaik pada ASK 08 manakala pengarahnya, Mamat Khalid dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik.
Ini merupakan kejayaan kedua terbesar bagi filem arahan Mamat Khalid itu selepas berjaya memenangi empat anugerah pada FFM21 yang berlangsung Ogos lalu.
Tuah terus memihak kepada filem terbitan Tayangan Unggul ini apabila Rosyam Nor diangkat sebagai Pelakon Lelaki Filem Terbaik.
Dengan kemenangan itu, Kala Malam Bulan Mengambang menepati ramalan banyak pihak dan berjaya mengalahkan empat buah filem hebat lain iaitu Sepi, 1957: Hati Malaya, Anak Halal dan Akhirat.
Sementara itu, bagi kategori Drama Terbaik, Suara Saleha terbitan Pena Creative Sdn Bhd dinobatkan sebagai Drama Terbaik sekaligus mengetepikan cabaran empat drama yang lain, Tuhan Pun Tahu, Relung Kasih, Ihsan dan Wasiat Fitrah.
Drama Suara Saleha terus menggungguli kategori Pengarah Terbaik apabila Murali Abdullah dipilih sebagai Pengarah Terbaik manakala Ogy dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama.
ASK ‘08 turut diserikan dengan persembahan daripada nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air. Antaranya Datuk Siti Nur Haliza, Norryn Aziz, Faizal Tahir, Lah VE, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Ady Putra, Farahdhiya, Emelda Rosnaida dan Erry Putra.
Malah, gandingan hos yang julung kali digandingkan iaitu Nurul Syuhada dan Adlin Amin Ramlie turut memberikan nafas baru pada penganjuran Anugerah Skrin kali ini.
Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Zamarul Hisham mengungguli kategori berkenaan mengenepikan cabaran, Afdlin Shauki, Rusdi Ramli, Azhar Sulaiman dan Idris Mat Piah.
Agak mengejutkan keputusan bagi Pelakon Wanita Terbaik kategori Filem apabila Baizura Kahar berjaya mengenepikan cabaran nama-nama besar dalam industri filem tanah air seperti Maya Karin, Ida Nerina Vanida Imran dan Elyana.
Istimewanya ASK '08 kali ini memberikan Anugerah Khas Juri kepada pengarah yang versatile dan merangkul banyak anugerah dengan kejayaan filem-filemnya seperti, Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin dan Mualaf, beliau tidak lain tidak bukan, Yasmin Ahmad.
Bagi anugerah Shine Pantene diberikan kepada bakat muda yang sedang meningkat naik Wan Sharmila.
Keputusan penuh ASK 2008
Drama
Drama Terbaik: Suara Saleha
Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah (Suara Saleha)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Zamarul Hisham(Ihsan)
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Fauziah Ahmad Daud (Suara Saleha)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Que Haidar (Tuhan Pun Tahu)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Normah Damanhuri(Tuhan Pun Tahu)
Lakon TV Terbaik: Anwar Idris (wasiat Fitrah)
Drama Rantaian Terbaik: Bicara Aur dengan Tebing (Tenview (M) Sdn. Bhd.)
Drama Komedi Terbaik: Mr. Mama(Radius One)
Filem
Filem Terbaik: : Kala Malam Bulan Mengambang
Pengarah Terbaik: Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Baizura Kahar (Sepi)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zaefrul Nazri 1957: Hati Malaya)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nasha Aziz (Sepi)
Lakon Layar Terbaik Filem: Ara dan Mira Mustafa(Sepi)
Penerbitan Dalaman
Dokumentari / Majalah Terbaik: Majalah 3,Episod Sudirman (TV3)
Bual Bicara Terbaik: Macam-macam Aznil (Astro Ria)
Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 2008.
Rancangan Hiburan Terbaik: Projek Superstarz (S2)
Rancangan Realiti Terbaik: So You Think You Can Dance
Laporan Khas Terbaik: Orang Asli Terancam (Buletin Utama
Anugerah Khas Juri: Yasmin Ahmad
Anugerah Shine Pantene: Wan SharmilaMELIHAT susuk tubuh aktres Erra Fazira yang semakin berisi dan montok sekarang menampakkan perubahan setelah hamil selama 19 minggu.
Wajah bakal ibu ini juga berseri-seri dan tidak lekang membalas senyuman sesiapa yang menyapanya.
Walaupun sedang hamil, dia tetap bersemangat untuk menyelesaikan pengambaran drama bersiri Mertua Vs Menantu yang kini telah memasuki musim kedua.
"Berlakon ketika berbadan dua ini penat sedikit lebih-lebih lagi apabila membuat drama. Jadi, penatnya lebih berganda.
"Namun, semangat baru yang saya pupuk sekarang membantu untuk mengurangkan penat.
"Kebetulan, siri ini mengikuti perkembangan kandungan saya, jadi semuanya akan nampak lebih realistik. Sehingga kini kami masih menjalani pengambaran lagi," ujar Erra ketika sidang media pelancaran drama Mertua Vs Menantu di Restoran Bora Ombak, Ampang semalam.
Bertanya tentang perubahan yang dialaminya kini, beritahu Erra, dia bernasib baik kerana tidak terkena alahan dan muntah-muntah.
Hanya semasa mula-mula dahulu badannya agak lemah sedikit kerana waktu itu bulan puasa.
"Waktu kami berlakon dalam pukul 10 malam, saya dah tak boleh buka mata. Selepas itu, krew produksi terus wrap sebab mereka faham keadaan saya," cerita wanita berusia 34 tahun ini.
Untuk perancangan masa depan, Isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria FM Engku Emran Engku Zainal Abidin ini bercadang untuk berehat pada bulan Februari tahun depan memandangkan dia dijangka bersalin sebulan selepas itu.
"Itu hanya cadangan, tetapi kalau bulan Disember dah tak larat, saya akan berehat," kata Erra yang lebih menumpukan bidang lakonan daripada nyanyian.
Jelas Erra, dia masih mampu menyanyi jika sesebuah persembahan itu memperuntukkannya menyanyi dalam dua hingga tiga buah lagu sahaja.
Diajukan tentang tindakan suaminya, Emran apabila dia masih aktif dalam kariernya, Erra berkata Emran selalu mengambil berat tentang dirinya dan tidak jemu-jemu menasihatnya supaya cukup rehat dan tidur serta jangan terlalu kuat bekerja.
Sebagai persediaan, Erra banyak membaca buku-buku tentang wanita hamil dan merancang untuk berpantang secara tradisional selepas bersalin nanti.
Tambah Erra, dia juga dilarang menaiki kapal terbang demi menjaga keadaan kandungannya.
Menurut Erra yang bertambah berat badan sebanyak 8 Kg, dia sebolehnya ingin merahsiakan jantina anak mereka disebabkan Emran tidak mahu mengetahuinya sehingga bayi mereka dilahirkan.
Saksikan perkembangan kandungan Erra melalui siri Mertua Vs Menantu musim kedua yang sedang disiarkan di Astro Prima saluran 105 setiap Rabu, pukul 10 malam.
Abby: Tuntutan minta cerai tetap diteruskan
Oleh WAHIDA ASRANI
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA:"Saya tidak berminat untuk tahu apa jadi dengan mereka. Nak kahwin, kahwinlah." Demikian luah aktres popular Abby Abadi (gambar) ketika ditanya perasaannya berhubung kenyataan Norman Hakim bahawa dia tidak menolak untuk menjadikan Memey sebagai isteri keduanya.
Tegas aktres berusia 30 tahun itu, apapun yang terjadi, dia tetap akan meneruskan tuntutan cerai daripada suaminya itu secepat mungkin.
"Saya sudah nekad dan rasanya itu adalah keputusan yang tepat.
"Saya tidak mahu komen apa pun tentang hubungannya dengan Memey atau sebarang perancangannya.
"Yang penting, saya ingin dapatkan dokumen perceraian yang saya serahkan kepadanya kelmarin secepat mungkin.
"Saya tahu dia memang 'liat' sikit nak serahkan kembali kepada saya, tetapi saya akan tetap usaha dapatkan semula daripada dia," tegas Abby yang akui sudah kembali tenang sejak adegan 'serang' suaminya di lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.
Kata ibu kepada tiga orang anak ini, dia akui kurang bersikap rasional pada hari kejadian, namun sebagai seorang isteri, kata Abby, tahap kesabarannya memang benar-benar tercabar dan turut tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan Norman.
"Saya tidak mampu tahan emosi saya hari itu. Saya minta maaf, saya memang rasa bersalah.
"Tetapi perasaan bersalah itu untuk diri saya, bukan untuk dia (Norman). Apa yang saya luahkan hari itu sudah lama saya pendam dalam hati.
"Keluarga dan teman-teman rapat juga menyokong saya untuk teruskan niat saya ini. Saya cuma harap dia berikan kerjasama yang baik untuk selesaikan segera proses perceraian ini. Saya sudah tidak larat nak hadapi semua ini lagi," kata Abby.
Dalam kenyataan terbaru kepada media, Norman akui tidak menolak ketentuan Allah jika ditakdirkan dia dan Memey bertemu jodoh dan sanggup menjadikan pelakon baru itu sebagai isteri keduanya.
Namun begitu, tegas pelakon berusia 32 tahun itu, dia sememangnya ketika ini masih menyayangi isterinya, Abby dan sentiasa berdoa agar rumahtangganya masih dapat diselamatkan.
Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Isnin lalu setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.
Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila tidak lama dulu Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.
Namun, aktor itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira dua minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.
Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey.
Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi.
Oleh WAHIDA ASRANI
NORMAN-ABBY BERSEMUKA... Urutan rangkuman enam gambar detik Abby berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan kemudian bertemu dengan suaminya, Norman Hakim di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin. (Ikut jam) Abby menitiskan air mata ketika menemui wartawan, kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman, menemui Norman di lokasi penggambaran, menyerahkan dokumen, pasangan Abby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dan kedua-dua mereka berdepan dengan wartawan.
PETALING JAYA: Meskipun didesak oleh isterinya, Abby Abadi untuk bercerai, aktor Norman Hakim yang cukup sinonim dengan watak Inspektor Haris dalam drama bersiri Gerak Khas, tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan mahligai yang dibina lebih enam tahun lalu.
Bagaimanapun setelah berkali-kali soalan tentang hubungannya bersama pelakon baru Memey diajukan, Norman memberitahu mStar Online hari ini, pelakon muda berusia 20 tahun itu dan Abby, yang juga pelakon dan bekas penyanyi, adalah dua insan yang 'istimewa' baginya.
Minggu lalu, Norman dan Memey ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di pejabat Norman di Ukay Perdana.
Kelmarin pula Abby mengunjungi Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan tuntutan bercerai tetapi tidak kesampaian kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap termasuk tiada butiran lengkap mengenai Norman.
MEMEY SUHAIZA
--------------------------------------------------------------------------------
ABBY TETAP MAHU CERAI - DI SEGMEN BERITA
--------------------------------------------------------------------------------
"Saya tidak mahu menafikan atau pun mengesahkan apa-apa. Cuma apa yang boleh saya katakan di sini, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam hidup saya.
"Abby adalah seorang isteri yang sudah banyak berkorban untuk saya... dialah yang sentiasa memberi semangat untuk saya terus bertahan di dalam karier dan kehidupan sayasehingga kini, tetapi saya tidak nafikan pada masa yang sama, Memey pula sentiasa memberi inspirasi di dalam apa yang saya lakukan.
"Saya tidak mahu menidakkan atau mengesahkan apa-apa di sini. Saya takut, jika saya terus menafikan tetapi andai kata Allah sudah tentukan saya bertemu jodoh dengan Memey, masyarakat akan terus berkata saya bersandiwara pula.
"Saya masih menyayangi Abby sepenuh hati saya. Dia adalah ibu dan isteri yang terbaik.
"Tetapi dengan kuasa Allah, andai benarlah Memey ditakdirkan jodoh saya, saya tidak akan menolak untuk jadikan dia isteri kedua saya, tetapi saya tidak akan ceraikan Abby, kerana saya tetap sayangkan dia sampai bila-bila," kata Norman.
Dalam nada tegas, aktor berusia 32 tahun itu berkata, dia akan terus berusaha agar kekeruhan rumahtangganya itu dapat diselesaikan segera, tetapi bukan berakhir dengan jalan perceraian.
"Saya tidak akan serahkan lagi dokumen perceraian yang diberi olehnya tempoh hari.Seboleh mungkin, saya ingin ia berakhir dengan cara yang baik. Saya kenal Abby... dia memang nampak 'keras' di luar, tetapi hatinya cukup lembut.
"Saya tahu dia masih inginkan saya dalam hidupnya, termasuklah demi anak-anak juga. "Saya ada menghantar SMS kepadanya malam tadi dan saya beritahu dia 'hanya maut yang akan pisahkan kita', tetapi tiada respon daripada dia.
"Saya tidak kisah untuk berjumpa dengan pakar kaunseling. Malah, saya harap pihak media juga boleh menjadi platform untuk kami berbaik. Saya tidak mahu lagi masalah rumahtangga saya menjadi satu 'pementasan' pula.
"Insya-Allah, satu masa nanti, saya harap saya dapat membawa Abby dan Memey sekali untuk bersemuka terus dengan wartawan," kata bapa kepada tiga cahayamata iaitu Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.
Kata Norman, dia menganggap 'serangan' Abby yang turut disertai pihak media di set lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas Isnin lalu adalah satu petanda bahawa perceraian yang diminta itu sebenarnya tidak 'direstui' oleh Allah.
"Saya bersyukur sebenarnya dia datang ke sana dengan membawa wartawan dan pada masa yang sama dokumen perceraian pula tidak lengkap.
"Ini sekali gus menunjukkan macam-macam benda yang menghalang kami dari bercerai.
"Saya faham perasaannya. Pada hari itu, bukan sengaja saya ingin pertahankan Memey, tetapi saya mahu semua orang faham, saya ingin jaga hati Abby dan Memey juga kerana saya rasa saya bertanggungjawab atas apa yang terjadi ini. Bukan bermaksud melebihkan mana-mana pihak.
"Saya ingin dia dan saya sendiri sama-sama membaiki kelemahan diri. Saya sedar, saya mungkin bukan suami yang baik dan saya akan berusaha untuk perbaikinya. Saya tidak mahu keadaan bertambah buruk," kata Norman.
Ujarnya lagi, dia memang tidak pulang ke rumah sejak kes khalwat itu untuk mengelak pertengkaran dengan Abby. Namun, jelas Norman, bila keadaan kembali tenang, dia berharap dapat bersemuka dengan Abby secara baik.
"Ketika ini saya tinggal di rumah saudara-mara.. kadang-kadang di Bangsar dan adakalanya di Kuala Lumpur. Buat masa ini, saya mahu keadaan reda dulu dan mungkin selepas itu saya harap kami boleh selesaikan dengan baik.
"Tak guna untuk berdepan sekarang kerana saya yakin pertengkaran pasti akan berlaku," kata Norman.
Dalam nada sugul, Abby yang hadir seorang diri ke mahkamah itu bertemu dengan kira-kira 20 orang wartawan yang menanti pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite itu selesai mengadakan perbincangan dengan pegawai syariah yang memakan masa lebih kurang sejam.
Dengan linangan air mata, pelakon berusia 30 tahun ini menyatakan kegagalannya menuntut cerai daripada suaminya, yang mana salah satu faktor adalah disebabkan keengganan Norman memberikan kerjasama.
"Saya datang ke sini sebenarnya ingin menuntut fasakh, tetapi prosedurnya terlalu lama setelah diterangkan oleh seorang ustaz di dalam (mahkamah) tadi.
"Jadi dia cadangkan agar saya bercerai secara baik, tetapi saya gagal berbuat demikian kerana banyak maklumat saya tidak lengkapkan.
"Saya ada menghantar SMS kepada Norman semalam setelah dia tidak langsung menjawabpanggilan saya dan memberitahunya yang saya akan ke mahkamah hari ini. Dia membalas SMS saya dan berkata saya boleh teruskan niat saya itu," katanya.
KES KHALWAT
Sejak kes khalwat Khamis lalu, katanya, Norman langsung tidak pulang ke rumah.
"Sebab itu saya hanya mampu hantar SMS saja kepadanya.
"Saya tak sangka pula begitu sukar prosedur untuk menuntut perceraian ini. Saya amatharap dia (Norman) dapat bekerjasama untuk selesaikan masalah ini dengan segera," ujar Abby.
Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila baru-baru ini Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.
Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira dua minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidakpulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.
Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah pelakon baru, Memey Suhaiza.
Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi.
PERNAH BERCERAI
Norman dan Abby sebelum ini juga pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian.
Punca perceraian mereka ketika itu juga adalah disebabkan faktor 'orang ketiga' yang mana penyanyi Farahdhiya dikaitkan dalam hal tersebut.
Sambil menegaskan dia sudah nekad untuk meletakkan titik noktah terhadap rumah tangganya, kata Abby, dia merasakan itu adalah jalan terbaik untuk mereka kerana berpendapat agak sukar untuk dirinya mempertahankan perkahwinan mereka.
"Sebelum insiden dia ditangkap khalwat lagi, saya sudah terdetik untuk meminta cerai. Tetapi bila keadaan sudah semakin teruk, saya tidak boleh bertahan lagi," kata ibu kepada tiga orang cahayamata, Danish Mohamed Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 2, dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.
'DRAMA' CEMASKAN'
Ditanya pula bagaimana dia akan menguruskan perceraian tersebut sedangkan pada masa yang sama Norman seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya, Abby secara ringkas berkata, dia tahu di mana Norman berada ketika itu.
Sambil memberitahu lokasinya adalah di hadapan pasar raya Carrefour, Wangsa Maju kerana Norman terbabit dengan penggambaran drama bersiri Gerak Khas di situ, Abby terus nekad untuk ke lokasi terbabit.
Bersama sekumpulan wartawan, Abby tiba di lokasi itu kira-kira pukul 12 tengah hari. Ternyata kemunculan Abby bersama 'rombongan' wartawan ke situ mengejutkan krew produksi dan Norman sendiri.
Norman dan Abby bagaimanapun bersemuka secara aman tetapi aktor itu dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Abby menyerahkan dokumen yang perlu diisi olehnya berkenaan tuntutan cerai itu.
Pasangan itu kemudian berbincang di tempat tertutup kira-kira 45 minit sebelum Norman dan Abby tampil semula di depan media.
Dalam nada tenang, Norman menjelaskan bahawa dirinya memerlukan masa untuk berfikir tentang tuntutan cerai diinginkan Abby.
Norman dengan linangan air mata turut berkata, dia seboleh mungkin masih ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.
"Kami masih berdepan dengan jalan buntu. Sekarang ini, ada dua isu sebenarnya.
"Pertama tentang kes khalwat itu dan saya sudah pun berbincang dengan pihak berkenaan untuk jelaskan benda ini dengan lebih telus. Jika tidak perlu bawa ke mahkamah, lagi baik.
"Yang keduanya ialah tentang masalah rumah tangga kami. Saya memang sedih sangat jika kami terpaksa bercerai. Apapun yang berlaku, saya telah ingatkan kepada Abby supaya anak-anak tidak menjadi mangsa atas kejahilan kami berdua yang tidak mampu bertoleransi dengan baik," kata Norman.
NORMAN AKUI TIDAK PULANG
Dia turut akui, dirinya sudah lama tidak pulang ke rumah selepas insiden terbabit.
Namun, tegasnya, dia terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan pertengkaran dengan Abby.
"Bila saya bercakap tentang Memey, dia akan kata saya cuba mempertahankannya. Dia masih naif dalam bidang ini dan dia masih ada ibu bapa untuk jaga hati mereka.
"Saya akui, saya meminta dia supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak mahu masyarakat terus meletakkan spekulasi dan tuduh saya bersandiwara.
"Saya berada dalam industri hiburan dan bisnes saya bukan untuk diri saya seorang. Saya sedar tanggungjawab saya untuk jaga makan minum isteri dan anak-anak," kata Norman lagi.
Ditanya apa hubungan sebenarnya dengan Memey, Norman hanya menjawab:
"Banyak hati yang perlu saya jaga. Abby juga masih isteri saya."
Aktor itu turut ditanya sama ada dia tahu di mana Memey berada di ketika ini.
Secara ringkas Norman hanya menjawab: "Dia di pejabat."
Mengulas pula sama ada dia akan bekerjasama dengan Abby bagi proses perceraian itu, kata Norman:
"Saya boleh bekerjasama dengan dia tapi saya tetap perlukan pihak ketiga (Memey) untuk berdepan dengan perkara ini."
Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati Abby yang berada di sebelahnya sehingga menimbulkan ketegangan apabila dia turut meminta Norman menjelaskanapa hubungan sebenarnya dengan Memey.
"Kenapa you buat I macam ini? Kenapa you begitu ambil berat tentang orang lain berbanding saya?" tanya Abby yang gagal menahan marah sehingga terpaksa ditenangkan oleh wartawan.
Norman dalam keadaan tenang hanya menjawab "perkara ini tak patut dibincangkan depan orang".
Bbagaimanapun ditempelak Abby yang meluahkan perkataan "you tipu!" sehingga Norman terus berlalu dengan menyatakan "saya tak ada apa lagi untuk dikomen."
'Kekecohan' itu turut membuatkan penggambaran pada hari itu terpaksa ditangguhkan.
YUSOF HASLAM TERPAKSA CAMPUR TANGAN
Kehadiran Abby dan pihak media di lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas itu ternyata mengejutkan produsernya, Datuk Yusof Haslam yang akhirnya turut turun padang untuk berjumpa sendiri Abby dan Norman di lokasi itu.
"Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi kepada mereka. Selaku orang tua, saya memang ambil berat terhadap mereka. Saya sudah berkali-kali menasihati Norman... dah berbuih mulut saya. Dan semalam saya sendiri ada hubungi Abby dan minta dia bertenang.
"Saya tidak mahu bila timbulnya masalah peribadi, ia akan turut mengkucar-kacirkan produksi," kata Yusof.
Orang kuat Skop Productions itu turut menasihati Abby agar memberi ruang kepada Norman selama seminggu untuk menenangkan fikirannya sebelum membuat keputusan tentang perceraian itu.
Oleh WAHIDA ASRANI
PETALING JAYA: Belum pun lagi reda isu tentang pergolakan rumah tangga yang dibina lebih enam tahun lalu bersama aktres dan bekas penyanyi, Abby Abadi, Norman Hakim (gambar) berhadapan dengan kontroversi baru - kali ini dia ditangkap berkhalwat bersama pelakon baru, Memey Suhaiza awal pagi tadi.
Mereka ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang dekat ini, sekitar pukul 3 pagi.
Pasangan itu dijangka dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Januari depan.
MEMEY SUHAIZA
Ketua Penguat Kuasa JAIS Daerah Gombak, Khairul Hazri Sulaiman berkata, pihaknya menjalankan operasi sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 2.30 pagi.
Mereka dibebaskan selepas siasatan selesai kira-kira pukul 4 pagi.
Kata beliau, pihaknya mengetuk pintu kira-kira setengah jam tetapi apabila tiada respons, mereka bercadang untuk masuk dengan memecahkan pintu.
"Belum sempat memecahkan pintu, abang Norman tiba (di kawasan pejabat Norman)," kata beliau.
mStar Online difahamkan kedua-dua mereka berpakaian lengkap ketika serbuan dilakukan dan telah dibawa ke Balai Polis Melawati untuk disoal siasat.
NORMAN TIDAK NAFI
Dalam pada itu, Norman, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas ketika dihubungi mStar Online, tidak menafikan kejadian tersebut.
Namun, secara tegas dia berkata: "Cuma di sini saya ingin perjelaskan hal yang sebenarnya. Sekitar pukul 10 malam, saya dan empat lagi pekerja saya mengadakan mesyuarat di pejabat saya."
"Memey juga adalah salah seorang yang sertai mesyuarat ini kerana sejak Ogos lalu, dia banyak membantu dari segi pengurusan setelah pekerja am saya berhenti," katanya lagi.
Kemudian sekitar pukul 12 tengah malam, jelas Norman, dia keluar meneruskan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya dan pulang semula ke pejabat sekitar 1 pagi.
"Saya terus ke tingkat dua pejabat saya manakala Memey pula berada di tingkat 1 dan saya dapati, salah seorang staf pengurusan, Natalie juga sudah pulang dan hanya tinggal Memey di situ," katanya.
Kata Norman, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi bising di tingkat bawah.
"Hanya selepas seketika baru saya turun dan dapati JAIS memang sudah berada di situ.
"Malah, abang saya juga tiba di pejabat setelah dia menerima panggilan daripada Memey yang menghubunginya kerana terdengar bunyi bising di luar pejabat," katanya.
Oleh itu, katanya, dia tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh berlaku kerana memang tidak menyangka sama sekali.
"JAIS kata mereka menerima aduan yang kami berada dalam keadaan mencurigakan sedangkan saya dan Memey berada di tingkat pejabat yang berbeza.
NORMAN DAKWA DISABOTAJ
"Saya tidak tahu siapa yang membuat aduan seperti itu kepada JAIS... mungkin juga ada orang nak sabotaj, entahlah kerana saya sendiri masih bingung.
"Apa yang pasti, saya tetap berikan kerjasama dengan pihak JAIS dan pihak polis Melawati selepas itu. Memang saya pertikaikan juga tindakan mereka itu pada awalnya, tetapi tidak guna bergaduh kerana walau apapun, saya kena ikut prosedur yang mereka tetapkan," kata Norman.
Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia sudah menjelaskan hal yang sebenar kepada isterinya, Abby.
Sebagai suami, kata Norman, dia akui perkara itu pastinya sukar diterima oleh isterinya.
Tetapi, tegas Norman, seboleh mungkin, dia tidak mahu kejadian itu menjejaskan lagi rumah tangga mereka memandangkan masalah keluarganya sudah heboh diperkatakan baru-baru ini.
MASALAH RUMAH TANGGA
Awal minggu ini, Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.
Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya minggu lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Hari Raya pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.
Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey yang popular dengan drama bersiri Mahsuri.
Pasangan ini juga sebelum ini pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian.
REAKSI ISTERI NORMAN
Mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Abby ekoran insiden ditangkap khalwat, kata Norman, dia lebih senang perkara itu diselesaikan antara mereka sahaja.
"Saya tidak sempat menghubunginya pada masa kejadian, tetapi pagi tadi saya sudah berjumpa dengannya dan jelaskan sendiri perkara sebenar. Ya, memang ada sedikit ketegangan, tetapi perkara itu boleh diselesaikan. Saya perlu lebih masa untuk meyakinkannya," kata Norman.
Berbeza dengan kenyataan Norman yang sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka, Abby yang dihubungi kemudiannya memberikan reaksi berbeza apabila diminta komennya tentang kejadian yang berlaku.
"Umum sedia maklum bahawa hubungan kami sememangnya sedang dilanda krisis... malah sebelum kejadian ini berlaku pun. Saya tidak tahu bagaimana untuk respons kepada pertanyaan seperti ini. Saya anggap kes ini adalah jawapan kepada masalah pergolakan rumah tangga kami selama ini.
"Apa yang boleh saya katakan, saya tergamam bila mendapat tahu tentang kes ini. Tetapi saya tidak menangis. Dia ada datang berjumpa dengan saya tadi, tetapi apa saja alasan dia, orang tetap akan nampak dia yang bersalah," kata Abby dalam nada sugul.
Ditanya sama ada insiden ini akan menjejaskan lagi hubungan mereka suami isteri itu, Abby menjawab:
"Ya, ia akan bertambah teruk. Saya sebenarnya sudah putus asa. Sudah lama saya rasa hati dan perasaan saya tidak dijaga.
"Apa yang saya tanggung selama ini, sudah tidak mampu diluahkan lagi. Biarlah apa saja kenyataan yang dikeluarkannya, saya mempunyai kenyataan saya sendiri.
"Apa yang saya harap, saya cuma berdoa agar Allah lembutkan hati saya agar memaafkannya. Itu saja," kata Abby.
MEMEY ENGGAN ULAS LANJUT
Sementara itu, Memey yang dihubungi enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut.
Menerusi SMS, pelakon muda itu berkata: "Saya minta maaf, saya hanya perlukan ruang buat masa ini untuk menenangkan fikiran saya.
"Insya-Allah, jika saya sudah bersedia nanti, saya akan jelaskan semuanya."
Hubungan cinta penyanyi AF, Asmawi Ani atau Mawi bersama pelakon dan model, Nora’Ashikin Rahmat atau Ekin akan diikati dengan pernikahan yang dijadualkan pada 20
Disember 2008 depan. Hal ini telah diumumkan secara rasmi oleh pasangan tersebut di sidang khas akhbar di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur siang tadi.
Pernikahan pasangan selebriti ini akan berlangsung di salah sebuah masjid di Johor Bahru pada hari tersebut dan akan diikuti dengan persandingan pihak perempuan di Stadium Tertutup Johor Bahru pada sebelah malamnya dengan berkonsepkan moden kontemporari. Majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember di Dewan Felda Taib Andak, Kulai dengan tema Jawa yang akan turut diselitkan elemen kuda kepang yang mana tema tersebut dipilih sendiri oleh jejaka berusia 27 tahun itu. Three television channels will be covering the event, Astro Ria, Prima and Oasis
Almy Nadia a beautiful artis (selebriti)who plays as Suzanna(Almy Nadia)in Dunia Baru episodes and also Dunia Baru the Movie. She act a lot in Malaysia TV's and also have lot of fans out there. Well, i've got her gambar seksi from Hai magazine. She is totally sexy in her picture pose!
I'm not going to post it here (all gambar artis almy nadia seksi nampak dada). You may want to visit Artiskini for the rest of her seksi picture.Bare in mind, it's Ramadhan month!huhu. Almy shows her assets (half tops,puffy cleavage), just nice for a young pretty celebrity. I last remember Almy perform in one of the episodes Malaysia prank jokes program called "Bang Bang Boom" at TV3 previously. Also recently on Sunday Almy appears in Jom Ronda program brought by Proton at TV3 hosted by AG Hot FM & Dira.
Anyway, Almy Nadia performance as Suzanna in Dunia Baru the Movie was "OK" la. Just fine like the episodes we seen on TV. A piece of my advice, dear Almy Nadia hope this is your last sexy pose for gambar ala2 melayu boleh seksi artis.
Erra Fazira and Emran were happy.I can tell that by looking at below picture Emran kissing Erra, her lovely wife.Childrens no matter son or daughter sure bring happiness to the family. Bare in your mind that babies was a gift from the Almighty.
Erra Fazira expecting her new baby born around March to April since it's already three months now.
Nursyarmilla Jirin her real name or known as Mila among Malaysians and her fans. Born from a reality TV Akademi Fantasia (AF5) made her Stars that shine same as Mawi World.This Hari Raya, Mila celebrate with her family at her new house at KL.
When this Penang girl brought to talk about her previous gossip,Mila Af handled it wisely. She said she don't want cheap gossip around her.Now she have been an selebriti for almost 2 years, and she's now age 21.I think she knows how to handle things now.
Latest Gambar Artis Fahrin Ahmad
But now, they say Fahrin was playing "love" with Scha?
However, they denied the rumors. Fahrin and Scha actually starring a telefilem Lemas Dalam Cinta together. Also Scha said she think Fahrin just like a big brother to her.
Fahrin said he will announce to the media if he found new love. He don't want to hide his realtionship from fans and media. Sooner or later they will know.
Gambar cun artis Scha
Latest wedding ceremony by Malaysia local artis was Intan Sarafina OIAM(one in a million).Like i promised before, when Intan Sarafina engaged (bertunang) with Iskandar back then on 31 August, i will publish her wedding picture.Now, here it is,Gambar Kahwin Intan Sarafina and Iskandar. They look nice in white suit.
Her real name Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, 27, aka Intan Sarafina and her husband Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli, 32.They both looks just fine.The wedding held at Villa Laman Tasik, Bandar Seri Permaisuri while The wedding reception for Intan's husband held at Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
The mas kahwin was RM80 and wang hantaran was RM15,000.That's a big number huh.Now, the rest of the picture of their wedding ceremony.Gambar Kahwin Intan Sarafina:
Ini dia gambar-gambar Dato’ Siti Nurhaliza dalam majalah MANJA keluaran November.
Lisa Surihani at Madame Tussaud’s. Rubbing shoulders with international celebrities, the likes of Arnold Schwarzenegger and Nicole Kidman. Madame Tussaud’s gives you a chance to mix with the famous at the world famous collection of realistic wax figures in specially designed settings which include The Garden Party, 200 Years, Superstars, Sports Heroes, Famous Actors, The Grand Hall, The Chamber of Horrors and The Spirit of London. Also special exhibitions from time to time. Also the wedding dresses of members of the Royal Family are on show (Only available at Madame Tussaud’s London)
Benarkan seperti yang digembar-gemburkan Elyana selalu bawa teman lelaki ke rumahnya?
Inilah gambar yang sedang panas tersiar dilaman-laman internet dan wajah ini ialah Puteri Sarah Liyana. Si heroin filem tak jadi Aduh Saliha tu.
Gambar ini dikaitkan dengan Tengku Ismail, anak kerabat diraja Johor.
Sumber dari Budiey mengatakan ini adalah bekas kekasih Tengku Ismail yang bernama Raline. Raline datang dari keluarga elit Indonesia-Singapura.
Wajahnya memang tampak lebih elegan dan moden berbanding Fasha Sanda.
Baru-baru ini Fasha Sandha telah dikaitkan mempunyai kekasih dari golongan kerabat Johor dan diakui Fasha Sandha sendiri, kekasihnya adalah seorang pegawai tentera.
Gambar-gambar ini menunjukkan artis cantik kita Inta Syarafina sedang bercuti bersama seorang teman di sebuah Pulau di Indonesia.
Mereka nampak serasi dan sepadan
Semoga hubungan ini berkekalan