
Setelah pelbagai tuduhan dilemparkan oleh isterinya Manohara Odelia Pinot mengenai penganiayaan sepanjang perkahwinan mereka, akhirnya Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra tampil membuat penafian. Putera Sultan Kelantan itu semalam membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 7 malam ditemani peguamnya, Mohd Haaziq Pillay.
Manohara, bekas model muda Indonesia, pulang ke Indonesia pada 31 Mei lepas dari Singapura ketika beliau berada di republik itu menemani suaminya melawat Sultan Kelantan di hospital Mount Elizabeth.
Sebaik saja berada di Indonesia, Manohara yang dikahwini Tengku Temenggong pada Ogos tahun lepas dilaporkan membuat pelbagai kenyataan di media Indonesia termasuk dakwaan dianiayai oleh suami. Akhir bulan lepas, Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan isu Manohara merupakan urusan peribadi suami isteri.
0 comments:
Post a Comment