
BARU tiga tahun penyanyi wanita indie yang dikenali sebagai Yuna menempa nama dalam industri seni hiburan ini, namanya sudah tercemar akibat gosip yang bertiup kencang mengatakan dirinya menipu!
Mana tidaknya, gadis berusia 23 tahun ini mengenakan imej bertudung dan tidak pernah mendapat jolokan artis yang ‘membuat perangai’.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai akui gosip sudah menjadi permain dunia hiburan yang tidak pernah lari daripada hidup seseorang artis itu.
Lantas, tanpa rasa dendam di hati, Yuna akur dengan gosip itu dan mahu lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Gosip itu mendakwa Yuna memberikan alasan bapa saudaranya meninggal dunia untuk mengelak daripada menjalani sesi fotografi bersama media tetapi dalam masa yang sama dia masih boleh menghadiri sebuah lagi program di tempat yang berlainan.
Ketika mendapat tahu tentang cerita negatif itu baru-baru ini, Yuna berkata hatinya terusik kerana gosip itu mengelirukan apabila dua cerita yang berbeza digabungkan
0 comments:
Post a Comment