
Selebriti Youtube Wee Meng Chee yang pernah mencetuskan kontroversi klip video lagu "Negarakuku", malam ini hadir memberi keterangan berhubung klip video terbarunya yang dipercayai berunsur perkauman.
Wee, juga yang dikenali sebagai Namewee, 27, hadir ditemani seorang rakan dan peguamnya Raveem Singh di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini kira-kira 9.20 malam. Wee mendakwa beliau masih mempunyai sokongan daripada rakyat walaupun terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan tindakannya mengeluarkan klip video selama kira-kira tiga minit itu.
"Saya sayangkan negara ini. Saya anti-racist yang menyokong gagasan 1Malaysia... dengan itu saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada polis," katanya kepada pemberita sebelum memberi keterangan di balai polis itu.
Namewee, seorang pemuda dari Muar, Johor sepertimana yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 Ogos lepas.
Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.
0 comments:
Post a Comment