Pergolakan rumah tangga jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, berakhir selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini Rabu, mengesahkan lafaz cerai yang dilafazkannya terhadap Norhayati Othman,38, kira-kira sebulan selepas perkahwinan.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad mensabitkan lafaz talak berbunyi “I cerai you-lah” yang dilafazkan Roslin, pada pukul 8.32 malam, di bilik nombor 533, Hotel Corus, di sini, sebagai lafaz yang jelas ditujukan kepada Norhayati.
Justeru itu, beliau memutuskan pasangan itu sah bercerai talak satu dan memerintahkan Norhayati untuk beredah selama tiga kali suci bermula daripada tarikh lafaz serta perceraian itu didaftarkan manakala surat nikah pasangan tersebut dibatalkan.
“Mahkamah melihat perceraian ini sebagai sesuatu yang menyedihkan dan mengejutkan banyak pihak kerana berlaku dalam jangka masa yang singkat. Apatah lagi, perkahwinan ini berlaku di hotel dan juga berakhir di hotel,” kata Wan Mahyuddin.
0 comments:
Post a Comment