
BULAN Ramadan belum lagi menjengah, namun kehangatan Hari Raya sudah mula dirasai sewaktu rakaman program istimewa sempena Aidilfitri pada bulan September kelak, berjudul Mega Raya Astro.
Suasana meriah Hari Raya sudah mula dirasai di studio 9, Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya apabila lagu-lagu raya dialunkan oleh bintang-bintang eksklusif Astro, di samping hiasan set dan penonton yang turut hadir dengan memakai baju raya masing-masing.
Bintang-bintang Astro yang terlibat di dalam program hiburan ini pula ialah Anita Sarawak, Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Akhil Hayy, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Farid Kamil dan Zoey.
Mengulas mengenai program yang akan disiarkan di Astro Ria pada malam raya itu nanti, kata penerbit eksekutif, Norazian Mohd Zahir, ini adalah kali pertama Astro mengadakan sebuah program raya dengan mengumpulkan artis-artis eksklusif mereka di dalam program itu.

0 comments:
Post a Comment