
Pakar Neuro di Hospital Pakar Damansara, Dr. Zakaria Zahri memberitahu pengarah Yasmin Ahmad telah mengalami serangan strok.
"Yasmin telah mengalami serangan strok dan terdapat pendarahan pada otaknya. Kami telah melakukan pembedahan untuk mengurangkan bengkak di dalam otaknya," kata Dr Zakaria Zahri yang telah membuat pembedahan kecemasan ke atas Yasmin selama lebih sejam bermula dari pukul 6 petang tadi.
Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang kurang sihat ketika sedang membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3, hari ini menjalani pembedahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara dan keadaannya kini stabil.
Datuk Dr Zakaria yang juga adik ipar Yasmin berkata pengarah itu mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.
"Jantungnya disokong oleh ubat-ubatan bagi mengawal tekanan darah... tempoh beberapa jam akan datang amat penting bagi kami, tapi beliau kini dalam keadaan stabil sungguhpun masih belum sedar," katanya.
Sementara itu penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang turut berada bersama Yasmin pada pembentangan kertas kerja itu, berkata Yasmin mengadu sakit selepas 15 minit membentangkan kertas kerja berkenaan
0 comments:
Post a Comment