Faizal kesal dengan apa sekarang ini kerana telah menyusahkan banyak pihak terutama 8TV. Malah, dia juga rasa amat malu dan kecewa kerana telah menyinggung perasaan masyarakat Malaysia dengan perlakuan saya pada malam konsert itu.
"Percayalah saya langsung tidak berniat untuk mencetuskan sebarang kontroversi yang sebegitu. Apatah lagi mengeruhkan suasana serta menyusahkan sesiapa dengan masalah yang seperti ini.
"Apa yang berlaku pada malam itu sama sekali hanyalah sekadar untuk berseronok dan memberikan sesuatu kelainan yang istimewa buat penonton saya juga. Tapi, saya tidak sedar ia akhirnya mendatangkan bahana., kata Faizal
Tapi itulah kata orang, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata macam mana? Periuk nasi dah kena sekat. Mungkin ini dah ditakdirkan, semoga Faizal diberi petunjuk supaya tidak mudah alpa dengan dunia yang dia sedang kecapi sekarang.
GS: Pasti rakan-rakan artis Nasyid tanahair terbuka mata dengan isu ini.
0 comments:
Post a Comment