Selepas setahun bertunang, akhirnya mereka mengambil keputusan memutuskan saja hubungan berkenaan awal Januari lalu.
Seorang ahli keluarga Nasha, Hamidi Aziz mengesahkan berita putus tunang itu kepada KOSMO!.
"Memang benar pertunangan antara Nasha dan Helmi sudah berakhir. Mereka secara rasminya sudah putus semenjak awal tahun lalu," kata abang angkat Nasha ini.
|
|
Hamidi mengesahkan desas-desus yang tersebar mengenai berita berkenaan yang semakin rancak diperkatakan akhir-akhir ini.
Menurut Hamidi, Nasha dan Helmi bersetuju memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang pertengkaran besar.
Malah ahli keluarga kedua-dua belah pihak pula menyifatkan keputusan itu dibuat kerana tiada jodoh antara keduanya.
Nasha,37 tahun dan Helmi, 29, bertunang pada 4 Jun 2006 dan dijadual melangsungkan perkahwinan sekitar Julai 2007.
Sementara itu Nasha Aziz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
"Saya sedang bercuti, tenangkan fikiran. Maaflah, buat masa sekarang saya tidak mahu ulas perkara itu," katanya yang pada ketika ini sedang bercuti di Bali
0 comments:
Post a Comment