Minat dengan Dr. Syed Muszaphar Shukor? Khas bagi peminat Dr Sheikh Muszaphar Shukor, jangan lepaskan peluang untuk terus mendekati Angkasawan Negara itu dalam program khas Tamu Awani bersama hos Suhaimi Sulaiman, sepanjang minggu ini.
Apakah kegemaran masa lapang Dr Sheikh? Rupa-rupanya, dia suka berjoging sekitar jam 2 pagi untuk mengurangkan tekanan dan membuat pelbagai pekerjaan dengan lebih efektif!
Dalam program khas Tamu Awani yang ke udara secara eksklusif melalui saluran berita dan informasi Astro Awani (Saluran 123) itu, mulai Ahad (20 Januari 2008), Dr Sheikh tampil berkongsi pandangan tentang pelbagai aspek kehidupan.
Dalam temubual bersama Suhaimi, beliau menekankan perlunya rakyat Malaysia meletakkan sasaran yang tinggi dalam kehidupan seharian dan mesti berusaha dengan bijak untuk menuju puncak.
Menurut pakar bedah yang kacak itu, melakukan pekerjaan di luar zon selesa akan menjadikan seseorang itu lebih cemerlang dan seterusnya memberi lebih kepuasan dalam hidup.
Dr Sheikh turut berkongsi rahsia kehidupannya yang telah banyak berubah selepas berjaya ke angkasa lepas. Beliau menceritakan cabaran yang perlu ditempuhi untuk terus berpijak di bumi nyata dalam mengharungi gelombang populariti.
GS: Kepada awek-awek boleh la tonton Dr. Syed Muszaphar nanti yea!
0 comments:
Post a Comment