Assalamualaikum…salam sayang dari saya
Ifa Raziah…saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
JomStar.Com kerna memberi saya ruang untuk muncul dialam siber ini dan berkongsi pengalaman saya dengan rakan baik saya
Azwan Ali…
Sebelum saya memulakan rentetan kisah antara
Ifa Raziah dan
Azwan Ali ini…saya ingin memohon maaf pada penonton & pengacara rancangan
kring…kring di
Astro Ria pada 13/4/08, kerana saya terlalu emosional…saya kurang berpengalaman dalam hal bergaduh dengan rakan-rakan artis, jadi apabila mengenangkan apa yang berlaku …saya sedikit meledak…maafkan saya.
Azwan sentiasa mencanangkan kepada media bahawa saya mencetuskan kontroversi dan membuat publisiti murahan.
Pada saya, kontroversi ini telah dicetuskan oleh
Azwan Ali sendiri dan saya akui, saya cuma memberi publisiti sahaja kepada kisah benar ini. Sebagai public figure atau selebriti, peminat berhak mengetahui apa yang berlaku kepada artis kegemaran mereka.
Siapa
Azwan Ali..nak melabelkan publisiti itu murah atau mahal?
Publisiti itu baik atau buruk ? Adakah jika beliau dikritik, publisiti itu akan menjadi murah…tetapi apabila
Azwan menghentam orang, publisiti itu baik!
Kalau kisah ini dikatakan
publisiti murahan…mengapa ia mendapat liputan yang begitu meluas dan hebat sekali di seluruh negara, malah sampai juga ke negara jiran iaitu singapura?
Atau adakah
Azwan Ali ingin menyatakan bahawa para
wartawan dimalaysia ini tidak pandai menilai artikel – artikel yang mereka hasilkan? Sehingga terhasilnya
publisiti murahan ini…
Saya tidak perbesarkan isu remeh seperti yang didakwa…isu “tak boleh guna bilik” adalah sebahagian daripada keseluruhan episod ‘aku berlagak diva’ ini.
Tapi isu yang saya bangkitkan & persoalkan pada
Azwan ialah mengapa beliau sanggup mempermainkan diri saya yang dianggapnya kawan baik? Kenapa menuduh saya akan mencuri barangnya…? Mengapa pula dia sanggup memperlakukan
P.A sebegitu kejam tanpa belas kasihan?
GS: Udah-udahlah kamu Azwan Ali oii.. asyik nak cari pasal je dengan orang lain. Berubahlah!