Biarpun Ikin atau Nora'Asikin Rahmat, 29, mengumumkan telah bersedia untuk bergelar isteri pada bila-bila masa, namun kekasihnya, penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi, 27, menafikan mereka akan bernikah pada Disember ini.
"Tiada perancangan dan belum mahu kahwin," kata Mawi menjawab spekulasi perkahwinannya dengan Ikin seperti yang digembar-gemburkan banyak pihak sebelum ini.
Mawi yang dengan tegas menafikan berita tersebut berkata: "Saya pun tak ada sebarang persiapan untuk berkahwin pada bulan Disember mahupun dalam masa terdekat ini. Itu semua cakap-cakap kosong."
Tambah penyanyi yang cukup popular dengan lagu Angan Dan Sedar ini, dia sendiri pelik bagaimana berita tersebut boleh timbul.
Malah selaku tuan punya badan katanya, beliau mahupun Ikin masih tidak merancang untuk segera bernikah apatah lagi sudah menetapkan tarikh perkahwinan mereka.
"Belum sehingga tahap mahu berkahwin lagi tetapi sekarang saya akui kami selesa menjadi pasangan kekasih dahulu dan insya-Allah jika kami ingin bernikah, saya akan beritahu.
"Namun sebab sekarang belum ada kata putus ke arah perkahwinan, saya tak berani nak bercakap mengenainya kerana apa yang pasti kami memang tiada perancangan berkahwin dalam masa terdekat ini," katanya.
Mawi juga turut menafikan sudah membeli barangan hantaran menuju hari bahagia tersebut.
Pinta juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu lagi, dia mahu khalayak memberi ruang kepada mereka membina hubungan normal seperti pasangan lain dan sebagai anak seni, dia mahu peminat memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.
"Saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi dan apa kata kita lebih fokus kepada kerjaya seni saya," katanya yang tidak pernah mensasarkan usia untuk berkahwin

GS: Mawi kena cepat-cepat kahwin, jangan pisang berbuah dua kali.
0 comments:
Post a Comment