Kalau ada jodoh, cinta pasti U-turn itu adalah tag-line filem terbaru arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen fdam. Filem terbitan Saimira Theatre Chain (M) Sdn. Bhd dengan kerjasama Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd ini ditayangkan buat pertama kalinya kepada pihak media di majlis tayangan perdana filem itu yang berlangsung di Cathay Cineleisure Damansara, semalam.
Menurut Prof. Razak, ini adalah filem arahannya yang ke 24. Filem ini juga telah berjaya menarik Produser India untuk melabur di dalam industri filem Melayu. Menerusi koloborasi ini membuktikan bakat-bakat di negara ini diiktiraf oleh pengusaha filem luar. "Filem ini dihasilkan untuk memenuhi selera penonton dan daya penarik untuk peminat filem datang ke pawagam. "Selain itu, lagu-lagu di dalam filem ini juga mendapat sentuhan istimewa daripada komposer India," jelas Prof ketika berucap pada sidang media yang turut dihadiri oleh pelakon, penggiat filem dan pihak media.
Filem genre komedi romantik ini mengambil masa hampir sebulan pengambarannya dan melibatkan lokasi di Langkawi, Genting, sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam. Menerusi filem ini Prof Razak telah menggunakan khidmat penyanyi rock terkenal, Awie sebagai teraju utama, disamping pelakon wanita popular, Fasha Sandha.
Antara daya penarik filem ini yang diyakinkan oleh Prof sebagai daya penarik penonton adalah menerusi lagu seperti Aduhai Alahai dan Ku Cinta yang dinyanyikan oleh Awie dalam versi irama dangdut. Agak pelik melihat penyanyi rock menyanyikan lagu-lagu berirama ala hindustan ini. Mungkin ini antara pembaharuan berani yang dilakukan oleh Awie.
Awie dan Fasha turut dibantu oleh beberapa pelakon ternama seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fiza Elite, Abu Bakar Omar, Mazlan Pet-Pet dan Azlee Senario. Filem ini bakal menemui penonton di pawagam pada 1 Mei depan. Oleh itu, mereka yang tertanya bagaimana penyanyi rock menyanyi dangdut, ramai-ramailah bertandang ke pawagam nanti.
GS: Lagi filem dari Profesor yang menerapkan elemen komedi. Nampak macam sama je jalan ceritanya dengan filem-filem arahan prof kan?

0 comments:
Post a Comment