Anak muda ini semakin rancak kelihatan menerusi kaca televisyen. Berbekalkan wajah tampan dan susuk tubuh menawan, Iqram Dinzly Saipuddin, 26, boleh menarik nafas lega kerana pertaruhannya dalam dunia lakonan semakin menyebelahi dirinya. Terbaru, dia membintangi drama bersiri 60 episod, Bella, menerusi slot Akasia TV3, selain muncul bersama Shawal AF5 menerusi drama Din @ Dina di Astro Ria. Malah, dia bukan sahaja bergelar pelakon drama, dia juga melebarkan sayapnya ke layar perak sebelum ini menerusi 1957: Hati Malaya dan terbaru filem Dunia Baru The Movie yang mula ditayangkan 7 Februari 2008.
Selain Iqram, filem itu turut dibintangi Pierre Andre, Elyana, Anne Ngasri, Almy Nadia, Baizura Kahar, Wan Elyas, Hafiz dan Anita Baharum. Sebelum ini, dia pernah membintangi Bukan Yang Pertama, Janji Diana, Graduan, Cinta Medik, Mentari Jingga, Cinta Bulan Dan Mentari, Puteri, Ayah dan Mat Burger. Dia juga muncul dalam klip video Mawi, Kian, serta iklan TV komersial Petronas, Hotlink dan Mister Potato. Namun, ternyata anak kelahiran Ipoh, Perak ini belum puas. Dia inginkan kelainan dalam lakonannya.
GS: Memang laris la Iqram Dinzly sejak akhir-akhir ini.
0 comments:
Post a Comment