Kesian Peciter dengan aktres baru bekas Pramugari MAS, Faouziah Gous. Tak habis-habis ceritanya dengan golongan VVIP sehinggakan gosip mengenainya dengan Datuk Farid Ridzuan, Ketua Eksekutif Media Prima tersebar baru-baru ini. Tak habis-habis orang berkata bahawa melonjaknya nama Fouziah Gous dalam bidang seni adalah kerana jasa orang dalam yang 'berkenan' sangat dengan pelakon berusia 26 tahun itu.
Fouziah Gous bukanlah satu nama besar dalam industri ini. Sejak dia memenangi Anugerah Skrin 2007-Shine Pantene dan dicalonkan sebagai Artis Baru Popular 2007 anjuran Berita Harian, banyak suara yang bertanyakan siapa sebenarnya Fouziah Gous. Dia berjaya mengenepikan nama-nama yang lagi dikenali dalam pencalonan Anugerah Artis Baru Popular tersebut.Malah ada antara artis yang tercalon dalam Anugerah yang sama, mempertikaikan bagaimana Fouziah boleh terpilih ke Top 5 memandangkan perjalanan kerjaya Fouziah baru sahaja bermula.
GS: Baru je terlihat wajah Faouziah Gous kat Hospital Pakar Shah Alam untuk penggambaran filem.
0 comments:
Post a Comment