FESYEN peserta Akademi Fantasia musim keenam sering dijadikan topik kritikan dan isu itu berlarutan sejak tiga minggu program realiti di Astro Ria itu bersiaran.
Minggu pertama, Siti Norsaida Tarudin (Saida) yang juga kakak kepada penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerima kritikan tentang pakaiannya yang 'serabai' dan seperti tidak kena dan bersesuaian dengan lagu ballad yang dibawakan.
Minggu kedua pula, Muhammad Shauqi Naaim Salmi (Naim) yang tersingkir pada minggu lalu dikritik hebat apabila memakai kostum yang 'tidak bertepatan' dengan lagu iaitu seluar bercorak 'kotak-kotak' biru dipadankan pula dengan baju-T di dalam dan jaket di luarnya bersama tali leher.
Seorang lagi peserta yang dikritik dan turut disingkirkan pada minggu lalu iaitu Lutfyah Sheikh Omar (Lufya) dikatakan memakai kostum yang tidak menepati tema pada minggu itu iaitu rock.
Namun antara mereka bertiga, fesyen Saida tidaklah terlalu teruk dikritik berbanding Lufya dan Naim.
GS: Kesian Jasmi Rejab kena kritik teruk macam pelajar AF kena kritik.
0 comments:
Post a Comment