TULUS akui Datin Seri Siti Nurhaliza, pengaruh yang dibinanya selama lebih sedekad bergelar insan seni belum cukup kuat untuk melayakkan dirinya menceburi bidang politik. Sebagai anggota masyarakat, kata Siti Nurhaliza, dia menyokong kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun, kata isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa untuk menceburkan diri sepenuh masa sebagai ahli politik adalah sesuatu yang belum pernah terlintas di fikirannya.
Bagi Siti Nurhaliza, jiwanya masih tetap berada dalam bidang nyanyian kerana lapangan seni juga mampu membawanya dekat dengan anggota masyarakat.
"Hati Siti masih lagi dalam bidang seni, tapi tak tahulah pada masa akan datang. Memang Siti ingin lebih mendekati masyarakat namun ia tidak semestinya hanya menerusi politik.
"Menerusi Yayasan Nurjiwa yang Siti tubuhkan bersama suami, ia juga membantu Siti untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. Banyak cara untuk memainkan peranan membantu usaha kerajaan dan penubuhan yayasan itu adalah satu di antaranya," kata Siti yang ditemui pada malam Cipta Ekspres 2008 di Port Dickson, baru-baru ini. - Datin Seri Siti Nurhaliza
GS: Elok juga Datin Seri tumpu perhatian kepada kebajikan masyarakat. Kalau jadi ahli politik cabarannya lagi besar.
1 comments:
Dah jadi Dato...biasa lar...
Post a Comment